Tuesday, June 23, 2020

RUJUKAN

 RUJUKAN

Amir Hassan Dawi. (2006). Penteorian sosiologi dan pendidikan, Edisi ke-3. Tanjung Malim: Quantum Books.

Amutha Veeraselvam, Norazah Mohd Nordin. (2019). Gaya Kepimpinan Guru Besar dalam Mengetuai Guru Bagai Memacu Kecemerlangan Sekolah. Jurnal Kesusasteraan, Linguistik dan Pendidikan 2(3): 20-32.

Dato’ Mohtar Bin Abas. (2005). Pembangunan Kepimpinan dalam Organisasi. Jurnal Pengurusan Awam 4(1): 1-10.

Jaaffar Bin Khamis. (2007). Tahap Pengupayaan terhadap Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) di Sekolah-sekolah Menengah Daerah Muar. Universiti Teknologi Malaysia. Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan.

Maxwell, J. (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
 The 21 irrefutable laws of leadership. Nelson.

   Manchelah A/P Natesan. (2017). Keberkesanan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah di Malaysia. Jurnal . Kuala Lumpur: fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Daripada: http://student srepo.um.edu.my/7949/


Nicholas J. Certo. (1999). Effect of Service Learning on Attitudes Towards Students with Severe Disabilities. Journal Education and Training in Mental Retardation and Developmental Disabilities 34(1): 58-65.

Norashikin Abu Bakar, Ramli Basri, Foo Say Fooi. (2015). Hubungan Kepimpinan Guru dengan Pencapaian Akaedemik Pelajar. International Journal of Education and Training 1(2): 1-11.

Norhannan Ramli, Jamaliah Abdul Hamid. (2006). Gaya Kepimpinan Pengetua Wanita dan Hubungannya dengan Tahap Motivasi Guru Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia 31: 53-69.

Nurlaili Abd Wahab , Mohd Yusof Abdullah. (2018). Hubungan Gaya Kepimpinan dan Pengurusan Kerja Guru Besar dengan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Agama Kerajaan Johor. Jurnal Ilmi 8(1): 136-150.

Sunday, June 21, 2020

Pengenalan Tentang Kepimpinan dan Organisasi

Tajuk: Kepimpinan dan Organisasi

Nama: CHONG HUI LIN
NO MATRIK: D20191089738


1.0 Pengenalan


Menurut John Maxwell (1998), kepimpinan sebagai kemampuan seorang pemimpin mempengaruhi orang lain dalam melakukan sesuatu manakala Amir Hassan Dawi (2006) juga ringkas merujuk kepimpinan melibatkan bentuk interaksi antara pemimpin dan orang yang dipimpin. Kepimpinan sering dikaitkan dengan prestasi sesebuah organisasi. Hal ini demikian kerana pemimpin yang baik dan bertanggungjawab dapat mewujukan organisasi yang baik seta mecapai visi dan misi pada masa hadapan. Pemimpin dalam organisasi merupakan posisi seseorang dalam organisasi dan tugasannya adalah untuk mengatur segala sesuatu mengenai kebajikan dan keputusan dalam mengursu organisasi tersebut. 

Definisi Organisasi

Kamus Dewan Edisi Keempat (205) menjelaskan bahawa organisasi bermaksud kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tujuan-tujuan tertentu. Organisasi juga boleh dikatakan sebagai satu sistem yang mengandungi beberapa bahagian dalamnya dan persekitannya sling berkait di antara satu sama lain. 

Definisi Kepimpinan

Menurut Certo (1999), kepimpinan merupakan satu proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Pemimpin mempunyai gaya dan teknik kepimpinan dalam menjalankan tugas mengikut peredaran masa dengan mengutamakan empat perkara iaitu visi, strategi, proses dan struktur. Pemimpin yang bijak dan bertanggungjawab boleh memimpin sesebuah organisasi ke arah kejayaan. 

Gaya kepimpinan di sekolah

Dalam sesebuah sekolah, pemimpin seperti Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, PK Ko- Kurikulum, Guru Kanan Bidang, dan lain-lain memainkan peranan penting yang berbeza. Peranan yang dijalankan oleh pihak kuasa dalam sekoleh dapat memastikan projek dan aktiviti sekolah diaksanakan secara lancar. Setiap pemimpin pula mengamalkan gaya kepimpinan yang berbeza dan ini boleh digunakan mengikut situasi yang berbeza. Gaya kepimpinan merupakan satu cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi orang yang dipimpim supaya meningkatkan produktiviti dan berkerja kuat untuk mencapai objektif organisasi.  


Terdapat beberapa jenis gaya kepimpinan di sekolah


1. Gaya kepimpinan autokratik 
  • Berbentuk hubungan sehala antara pemimpin dan yang dipimpin iaitu orang yang dipimpin perlu menerima  dan mempatuhi arahan dari atas. 

2. Gaya kepimpinan demokratik

  • Pemimpin yang memiliki gaya kepimpinan demokratik sentiasa menerima pendapat orang lain dan keputusan akan dicapai bersama. 

3. Gaya kepimpinan laissez-faire

  • Pemimpin memberi kebebasan kepada orang yang dipimpin dan keadaan ini akan menyebabkan kurang unsur-unsur kawalan.

4. Gaya kepimpinan kontingensi

  • Penyesuaian gaya kepimpinan mengikut keperluan serta tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin.

5. Gaya kepimpinan asertif

  • Pemimpin yang bersifat bersungguh-sungguh dan bersikap terbuka dapat mengeluarkan pendapat supaya diterima oleh orang lain. 

6. Gaya kepimpinan respontif

  • Pemimpin sentiasa mendengar dan melihat dahulu sebelum bertindak. Ini dapat mengelakkan koflik dalam sesebuah organisasi.

7. Gaya kepimpinan aggresif

  • Pemimpin percaya kepada diri sendiri dan sangat mementingkan kuasa kerana ingin mencapai kejayaan.

Kepentingan Kepimpinan dan Organisasi

Kepimpinan penting dalam untuk kejayaan sesebuah organisasi. Pemimpin yang bertanggungjawab dan baik sangat diperlukan untuk merancang, mengawal serta melakasanakan kerja dalam sesebuah sekolah. Peranan pemimpin sering bergantung dengan pencapaian objektif organisasi. 

Pemimpin merupakan orang yang meramal, merancang, mengurus kerja dan membuat keputusan untuk mencapai prestasi sesebuah organisasi. Pemimpin hendahlah membuat senarai tugas dan memberitahu kepada pekerja dengan jelas. Jika berlaku masalah, pemimpin juga perlu mengubahsuai perancangannya untuk mengurangkan kerugian organisasi dan memastikan matlamatnya. Pemimpin juga memainkan peranan untuk membantu pekerja seperti memberi kepuasan pekerja, menyelesaikan masalah semasa menjalankan tugas, memberi bimbangan, memberi sokongan dan motivasi  serta mendorong ke arah pencapaian matlamat. 

Organisasi juga amat penting kerana dapat menunjukkan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang utnuk mecapai matlamatnya. Organisasi juga dapat memberi peluang kepada orang lain untuk menunjukkan keupayaan seseorang semasa menjalankan tugas masing-masing. Organisasi yang berjaya adalah diwujudkan oleh pemimpin yang bijak dan pekerja yang mengikuti arahannya dalam menjalankan tugas masing-masing.  

Kesimpulannya, organisasi sering bergantung kepada kepimpinan seseorang. Seorang pemimpin yang memimpin sesebuah organisasi bukanlah diberi peluang untuk memperluaskan kuasanya tetapi diberi amanah untuk mencapai matlamatnya.



Pernyataan Masalah

Walaupun Kementerian Pendidikan Negara berusaha untuk mamartabatkan sektor pendidikan negara kita, terdapat juga pelbagai masalah yang diwujudkan dalam organisasi sesebuah sekolah.  Masalah yang sering berlaku di sekolah ialah masalah disiplin, masalah penyelewengan dalam pembangunan infrstruktur pendidikan, masalah keselamatan dan sebagainya seperti ponteng sekolah, pencurian, merokok, keretakan sekolah,  kerusi meja tidak cukup, kes membunuh, merogol, meragut dan sebagainya. Berdasarkan masalah yang berlaku di sekolah, pemimpin perlu mengenal pasti sebab berlaku masalah tersebut dan cara untuk mengatasinya. Hal ini demikian kerana pemimpin mengamalkan kemahiran atau gaya kepimpinan yang tidak sesuai dalam sesebuah sekolah. Selain itu, pemimpin juga tidak lagi menjadikan nilai-nilai murni dan amalan beretika ketika menjalankan tugas sebagai panduan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Dalam perkataan lain, pemimpin seperti Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, PK Ko- Kurikulum, Guru Kanan Bidang, dan lain-lain tidak boleh dijadikan sebagai role model kepada warga sekolah lain. 


Oleh itu, kefahaman mengenai gaya kepimpinan dan peranan kepimpinan merupakan perkara yang perlu difahami dnegan baik oleh para guru. Hal ini dapat membantu guru untuk mengingati tanggungjawab masing-masing untuk menjadikan seorang pendidik yang beramanah.

Sunday, April 12, 2020

KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Sinopsis Kursus

Assalammulaikum dan salam sejahtera.

Blog ini dibina untuk kursus KPS 3014 iaitu PENGURUSAN PEMBELAJARAN.  Kursus ini bermatlamat untuk memberi kesedaran tentang kepentingan pengurusan dan pembelajaran kepada para pelajar.  Pengurusan Pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang memberi impak yang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik pelajar. Pengurusan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar  berjalan dengan lancar.




Tajuk projek: 



Senarai Ahli Kumpulan :

1. CHONG HUI LIN (D20191089738) - Ketua kumpulan

2.LILIA SIEW HUI (D20191089680)
TINJAUAN BACAAN


3. CHING ZHI YANG (D20191089717)

4.  KONG HUNG HUNG (D20191089697)
METODOLOGI KAJIAN


5. SITI NOR SYAZANA BINTI MAT USING (D20191088685)
DATA KAJIAN 


6. NURHAFIZAH BINTI ABDUL WAHID (D20191088686 )


7. NURUL QISTINA BINTI MOHD AYOB (D20191088655)

DATA KAJIAN



8. NUR AZLIA SOFEA BINTI CHE AMAT (D20191088632)


9. ANDY SIM MING HONG (D20191089701)

 1.0 Pengenalan


Menurut John Maxwell (1998), kepimpinan sebagai kemampuan seorang pemimpin mempengaruhi orang lain dalam melakukan sesuatu manakala Amir Hassan Dawi (2006) juga ringkas merujuk kepimpinan melibatkan bentuk interaksi antara pemimpin dan orang yang dipimpin. Kepimpinan sering dikaitkan dengan prestasi sesebuah organisasi. Hal ini demikian kerana pemimpin yang baik dan bertanggungjawab dapat mewujukan organisasi yang baik seta mecapai visi dan misi pada masa hadapan. Pemimpin dalam organisasi merupakan posisi seseorang dalam organisasi dan tugasannya adalah untuk mengatur segala sesuatu mengenai kebajikan dan keputusan dalam mengursu organisasi tersebut. 

Definisi Organisasi

Kamus Dewan Edisi Keempat (205) menjelaskan bahawa organisasi bermaksud kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tujuan-tujuan tertentu. Organisasi juga boleh dikatakan sebagai satu sistem yang mengandungi beberapa bahagian dalamnya dan persekitannya sling berkait di antara satu sama lain. 

Definisi Kepimpinan

Menurut Certo (1999), kepimpinan merupakan satu proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Pemimpin mempunyai gaya dan teknik kepimpinan dalam menjalankan tugas mengikut peredaran masa dengan mengutamakan empat perkara iaitu visi, strategi, proses dan struktur. Pemimpin yang bijak dan bertanggungjawab boleh memimpin sesebuah organisasi ke arah kejayaan. 

Gaya kepimpinan di sekolah

Dalam sesebuah sekolah, pemimpin seperti Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, PK Ko- Kurikulum, Guru Kanan Bidang, dan lain-lain memainkan peranan penting yang berbeza. Peranan yang dijalankan oleh pihak kuasa dalam sekoleh dapat memastikan projek dan aktiviti sekolah diaksanakan secara lancar. Setiap pemimpin pula mengamalkan gaya kepimpinan yang berbeza dan ini boleh digunakan mengikut situasi yang berbeza. Gaya kepimpinan merupakan satu cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi orang yang dipimpim supaya meningkatkan produktiviti dan berkerja kuat untuk mencapai objektif organisasi.  


Terdapat beberapa jenis gaya kepimpinan di sekolah


1. Gaya kepimpinan autokratik 
  • Berbentuk hubungan sehala antara pemimpin dan yang dipimpin iaitu orang yang dipimpin perlu menerima  dan mempatuhi arahan dari atas. 

2. Gaya kepimpinan demokratik

  • sentiasa menerima pendapat orang lain dan keputusan akan dicapai bersama. 

3. Gaya kepimpinan laissez-faire

  • memberi kebebasan kepada orang yang dipimpin 
  • akan menyebabkan kurang unsur-unsur kawalan.

4. Gaya kepimpinan kontingensi

  • Penyesuaian gaya kepimpinan mengikut keperluan serta tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin.

5. Gaya kepimpinan asertif

  • bersifat bersungguh-sungguh dan bersikap terbuka dapat mengeluarkan pendapat supaya diterima oleh orang lain. 

6. Gaya kepimpinan respontif

  • sentiasa mendengar dan melihat dahulu sebelum bertindak. 
  • mengelakkan koflik dalam sesebuah organisasi.

7. Gaya kepimpinan aggresif

  • Pemimpin percaya kepada diri sendiri
  • mementingkan kuasa kerana ingin mencapai kejayaan.

Kepentingan Kepimpinan dan Organisasi

Kepimpinan penting dalam untuk kejayaan sesebuah organisasi. Pemimpin yang bertanggungjawab dan baik sangat diperlukan untuk merancang, mengawal serta melakasanakan kerja dalam sesebuah sekolah. Peranan pemimpin sering bergantung dengan pencapaian objektif organisasi. 

Pemimpin merupakan orang yang meramal, merancang, mengurus kerja dan membuat keputusan untuk mencapai prestasi sesebuah organisasi. Pemimpin hendahlah membuat senarai tugas dan memberitahu kepada pekerja dengan jelas. Jika berlaku masalah, pemimpin juga perlu mengubahsuai perancangannya untuk mengurangkan kerugian organisasi dan memastikan matlamatnya. Pemimpin juga memainkan peranan untuk membantu pekerja seperti memberi kepuasan pekerja, menyelesaikan masalah semasa menjalankan tugas, memberi bimbangan, memberi sokongan dan motivasi  serta mendorong ke arah pencapaian matlamat. 

Organisasi juga amat penting kerana dapat menunjukkan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang utnuk mecapai matlamatnya. Organisasi juga dapat memberi peluang kepada orang lain untuk menunjukkan keupayaan seseorang semasa menjalankan tugas masing-masing. Organisasi yang berjaya adalah diwujudkan oleh pemimpin yang bijak dan pekerja yang mengikuti arahannya dalam menjalankan tugas masing-masing.  

Kesimpulannya, organisasi sering bergantung kepada kepimpinan seseorang. Seorang pemimpin yang memimpin sesebuah organisasi bukanlah diberi peluang untuk memperluaskan kuasanya tetapi diberi amanah untuk mencapai matlamatnya.



Pernyataan Masalah

Walaupun Kementerian Pendidikan Negara berusaha untuk mamartabatkan sektor pendidikan negara kita, terdapat juga pelbagai masalah yang diwujudkan dalam organisasi sesebuah sekolah.  Masalah yang sering berlaku di sekolah ialah masalah disiplin, masalah penyelewengan dalam pembangunan infrstruktur pendidikan, masalah keselamatan dan sebagainya seperti ponteng sekolah, pencurian, merokok, keretakan sekolah,  kerusi meja tidak cukup, kes membunuh, merogol, meragut dan sebagainya. Oleh itu, pemimpin perlu mengenal pasti sebab berlaku masalah tersebut dan cara untuk mengatasinya.
            Gaya kepimpinan saling berkait dengan kejayaan sesebuah organisasi. Jika pengetua tidak mengamalkan kemahiran atau gaya kepimpinan yang tidak sesuai dalam sesebuah sekolah, sekolah tersebut akan mudah berlaku konflik atau hubungan atara pemimpin dengan pekerja dijadikan tidak baik. Dalam perkataan lain, pemimpin seperti Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, PK Ko- Kurikulum, Guru Kanan Bidang dan lain-lain tidak menjadi sebagai role model kepada para pelajar. Hal ini akan menyebabkan nama sekolah menurun dan pelajar tidak percaya kepada gurunya.
            Di samping itu, setiap orang perlu mempunyai tanggungjawab yang berbeza supaya organisasi dijalankan secara lancar. Oleh itu, carta organisasi amat penting untuk sesebuah sekolah untuk mengasingkan peranan dan tugasan guru masing-masing. Ini dapat membantu sekolah untuk mencapai visi, misi dan matlamatnya.

            Oleh itu, gaya kepimpinan dan carta organisasi yang menunjukkan tugas guru masing-masing dapat mewujudkan sekolah yang harmoni dan berjaya.


2.0  Tinjauan Bacaan

          Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin melalui teladan daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tertentu. Kepemimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni sendiri. Menurut Stogdill (1950), kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi aktiviti kumpulan dalam usaha menetapkan dan seterusnya mencapai matlamat organisasi. Satu proses di mana seorang individu secara konsisten memberi lebih banyak impak terhadap sifat dan aktiviti kumpulan berbanding orang lain(Kellerman 1984). Sergiovanni (1989) pun menyatakan bahawa kepimpinan merupakan satu proses memujuk atau mempengaruhi di mana pemimpin atau kumpulan pemimpin mempengaruhi para pengikut untuk mengambil tindakan yang menjurus kepada pengukuhan matlamat pemimpin dan matlamat bersama.          Seterusnya, organisasi dapat ditakrifkan sebagai sekumpulan manusia yang berkerja untuk mencapai matlamat-matlamat yang tertentu dan dalam suasana yang tertentu. Mereka perlu bekerjasama dan berhubung antara satu dengan lain bagi menyiapkan sesuatu tugas itu. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, organisasi bermaksud kesatuan yang terdiri daripada beberapa bahagian dalam sesebuah pertubuhan. Zainal Ariffin Ahmad dalam bukunya ‘Perlakuan Organisasi’(1998) telah mendefinisikan organisasi sebagai satu kumpulan manusia yang kerja bersama untuk mencapai matlamat umum. Sementara Campbell et al. (1988), pula mentakrifkan organisasi sebagai sekumpulan manusia yang bekerja untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu dalam sesuatu suasana yang tertentu.


3.0  Objektif

  • Menghuraikan jenis-jenis gaya kepimpinan di sekolah
  • Mengkaji kepentingan kepimpinan dan organisasi di sekolah
  • Menganalisis struktur/carta organisasi sekolah serta peranan dan fungsi setiap bahagian dalam sekolah
  • Menganalisis gaya kepimpinan yang berkesan untuk diamalkan oleh sekolah
  • Menganalisis ciri-ciri yang perlu diamalkan oleh seorang pemimpin atau pengetua dalam sesebuah organisasi

4.0 Metodologi Kajian

Metodologi kajian adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang dijalankan lebih bersistematik dan perjalanan kajian lebih terarah dalam mencapai objektif. Dalam sesebuah kajian  yang dijalankan,untuk mendapatkan data yang baik, kaedah penyelidikan kajian  haruslah sempurna dan mengikut kesusuaian terhadap kajiannya. Bagi menjamin dapatan kajian yang dihasilkan dapat terjamin mutunya, mesti memastikan metod ataupun kaedah yang digunakan dalam mendapatkan data, sesuai dengan jenis penyelidikan yang dijalankan. Dengan data yang mencukupi, barulah sesebuah kajian itu dapat dijalankan dengan baik. Dengan itu, dalam kajian ini, penyelidik menggunakan dua kaedah iaitu melalui laman web  dan jurnal untuk mendapatkan dan menganalisis data dan maklumat.

Laman Web
Berdasarkan kajian ini, penyelidik telah menggunakan sumber internet dan laman sesawang (website) bagi mendapatkan maklumat mengenai kajian yang dijalankan ini. Antara laman sesawang yang diakses untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian ini adalah seperti , Google, Wikipedia, dan sebagainya. Rujukan daripada sumber internet ini dapat membantu penyelidik untuk memperoleh maklumat yang lebih luas dan terkini mengenai skop kajian. Hal ini kerana segala maklumat dapat diperoleh menerusi internet tanpa had dan merentasi masa. Pengaksesan menggunakan laman sesawang ini membolehkan penyelidik untuk memperoleh maklumat mengenai kepimpinan dan organisasi di sekolah dengan lebih tepat. Segala maklumat yang diperoleh menerusi internet akan dikumpul untuk dimuatkan dalam penghasilan kerja kursus ini.

Jurnal
Penyelidik menggunakan jurnal untuk mendapatkan data dan maklumat yang berkaitan dengan gaya kepimpinan di sekolah agama kerajaaan A. Kajian daripada jurnal yang berkaitan dengan kajian ini telah diselidik oleh penyelidik bagi mendapatkan lebih banyak informasi dan maklumat-maklumat tambahan yang boleh dijadikan sebagai bahan input bagi menyempurnakan kajian ini.


5.0 Data Kajian

DATA 1:  PERANAN PENGETUA / PENOLONG KANAN PENTADBIRAN (PKP)
DATA 2: PERANAN PENOLONG KANAN HEM / PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

DATA 3: PERANAN PK PETANG / GURU KAUNSELING 

DATA 4: PERANAN  GURU KANAN MATA PELAJARAN / GURU MEDIA / GURU DATA

6.0 Perbincangan

  • Menghuraikan jenis-jenis gaya kepimpinan di sekolah


  • Mengkaji kepentingan kepimpinan dan organisasi di sekolah


  • Menganalisis gaya kepimpinan yang berkesan untuk diamalkan oleh sekolah yang perlu diamalkan oleh seorang pemimpin atau pengetua dalam sesebuah organisasi



  • Menganalisis ciri-ciri yang perlu diamalkan oleh seorang pemimpin atau pengetua dalam sesebuah organisasi

7.0 Kesimpulan

     Kesimpulannya, kajian kami telah mencapai kelima-lima objektif yang ditunjukkan pada bahagian  3.0 (objektif  kajian). Bagi objektif pertama iaitu menghuraikan jenis-jenis gaya kepimpinan di sekolah telah dibincangkan dalam bahagian 1.0 (pengenalan) dan bahagian 6.0 (perbincangan).  Objektif yang kedua iaitu mengkaji kepentingan kepimpinan dan organisasi di sekolah juga telah ditunjukkan dalam bahagian pengenalan dan perbincangan. Selain itu, objektif yang ketiga iaitu menganalisis struktur/carta organisasi sekolah serta peranan dan fungsi setiap jabatan dalam sekolah juga telah dianalisiskan dalam dapatan kajian. Semua peranan bagi setiap jawatan dan juga carta-carta organisasi sekolah yang termasuk carta organisasi pengurusan kurikulum sekolah, carta organisasi hem tahun, dan juga carta organisasi kokurikulum. Di samping itu, menganalisis gaya kepimpinan yang berkesan untuk diamalkan oleh sekolah yang merupakan objektif kajian yang ketiga pun juga dicapai dengan ditunjukkan dalam data kajian yang menunjukkan bahawa gaya kepimpinan autokratik dan demokratik adalah yang berkesan dan analisinya dapat didapati dalam perbincangan kajian.  Objektif yang terakhir juga telah dicapai, kajian kami juga telah menganalisis ciri-ciri yang perlu diamalkan oleh seorang pemimpin atau pengetua dalam sesebuah organisasi dalam bahagian perbincangan.

     Secara pengetahuan asas, kita mengetahui bahawa terdapat beberapa jenis gaya kepimpinan iaitu gaya kepimpinan autokratik, demokratik, kontegensi, asertif, respontif dan aggresif. Melalui kajian yang dilakukan, kepimpinan autokratik dan demokratik adalah gaya kepimpinan yang lebih banyak diamalkan oleh guru besar dalam pentadbiran sekolah berdasarkan data nilai min yang diperolehi. Dengan kata lain, kepimpinan secara paksaan dengan ahlinya mematuhi arahan berdasarkan keputusan yang dibuat oleh pemimpin dan juga kepimpinan gaya penglibatan bersama dalam proses membuat keputusan adalah kepimpinan yang lebih berkesan dijalankan oleh seseorang pengetua dalam pimpinan sesebuah sekolah. Dengan pemahaman kebanyakan orang, kepimpinan demokratik adalah paling sesuai dalam pelbagai bidang, termasuk pentadbiran sekolah, manakala terdapat situasi yang tidak sesuai kepada seseorang pemimpin menggunakan gaya kepimpinan demokratik, seperti masa terhad, melibatkan keselamatan ahli, pemimpin berasa terancam, terdapat kesilapan serta perkara yang mudah dilakukan oleh pemimpin sendiri. Dengan keadaan ini, pengetua sebagai pemimpin akan terus memberi keputusan yang telah ditentukan sebagai arahan yang harus dipatuhi oleh semua guru, iaitu kepimpinan autokratik.
     
     Secara keseluruhan, kepimpinan adalah proses yang berperanan penting dan juga berkaitan rapat dengan pengaruh seseorang mempengaruhi yang lain supaya mengubah sikap dan tingkat laku ahlinya bagi memastikan matlamat organisasi tercapai. Dengan hal berikut, pemimpin tersebut haruslah disokong oleh ahlinya supaya meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan bagi memastikan kelancaran perjalanan keseluruhan organisasi. Kajian berikut juga menyenaraikan tugasan guru dalam pelbagai jawatan supaya dapat menjelaskan pembahagian tugasan dalam pelbagai segi pentadbiran dalam sekolah. Selain itu, kajian ini juga memaparkan carta-carta organisasi pengurusan sekolah. Dengan carta-carta berikut, jelaslah bahawa pengetua merupakan pemimpin dalam organisasi sekolah, di bawahnya mempunyai pelbagai guru yang mempunyai jawatan masing-masing dan di bawah lagi mempunyai ramai pelajar yang perlu dipimpin. Dengan hal ini boleh dikatakan pemimpin memimpin dan dipimpin. Kepimpinan bolah dikatakan sebagai pusat tenaga yang penting manakala kejayaan sesebuah organisasi tidak dapat dicapai tanpa kepimpinan yang berkesan.    



8.0 Rujukan

  • Amir Hassan Dawi. (2006). Penteorian sosiologi dan pendidikan, Edisi ke-3. Tanjung Malim: Quantum Books.
  • Amutha Veeraselvam, Norazah Mohd Nordin. (2019). Gaya Kepimpinan Guru Besar dalam Mengetuai Guru Bagai Memacu Kecemerlangan Sekolah. Jurnal Kesusasteraan, Linguistik dan Pendidikan 2(3): 20-32.
  • Dato’ Mohtar Bin Abas. (2005). Pembangunan Kepimpinan dalam Organisasi. Jurnal Pengurusan Awam 4(1): 1-10.
  • Foster, R. (2004). Leadership and Secondary School Improvement : Case Studies and Tensions and Possibilities. International Journal of Leadership in Education, 8, (1), 35-52. DOI:10.1080/13603120420002299233. 
  • Jaaffar Bin Khamis. (2007). Tahap Pengupayaan terhadap Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) di Sekolah-sekolah Menengah Daerah Muar. Universiti Teknologi Malaysia. Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan.  
  • Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Maxwell, J. (1998). The 21 irrefutable laws of leadership. Nelson.
  • Nicholas J. Certo. (1999). Effect of Service Learning on Attitudes Towards Students with Severe Disabilities. Journal Education and Training in Mental Retardation and Developmental Disabilities 34(1): 58-65.
  • Norashikin Abu Bakar, Ramli Basri, Foo Say Fooi. (2015). Hubungan Kepimpinan Guru dengan Pencapaian Akaedemik Pelajar. International Journal of Education and Training 1(2): 1-11.
  • Norhannan Ramli, Jamaliah Abdul Hamid. (2006). Gaya Kepimpinan Pengetua Wanita dan Hubungannya dengan Tahap Motivasi Guru Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia 31: 53-69.
  • Nurlaili Abd Wahab , Mohd Yusof Abdullah. (2018). Hubungan Gaya Kepimpinan dan Pengurusan Kerja Guru Besar dengan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Agama Kerajaan Johor. Jurnal Ilmi 8(1): 136-150.