Tuesday, June 23, 2020

RUJUKAN

 RUJUKAN

Amir Hassan Dawi. (2006). Penteorian sosiologi dan pendidikan, Edisi ke-3. Tanjung Malim: Quantum Books.

Amutha Veeraselvam, Norazah Mohd Nordin. (2019). Gaya Kepimpinan Guru Besar dalam Mengetuai Guru Bagai Memacu Kecemerlangan Sekolah. Jurnal Kesusasteraan, Linguistik dan Pendidikan 2(3): 20-32.

Dato’ Mohtar Bin Abas. (2005). Pembangunan Kepimpinan dalam Organisasi. Jurnal Pengurusan Awam 4(1): 1-10.

Jaaffar Bin Khamis. (2007). Tahap Pengupayaan terhadap Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) di Sekolah-sekolah Menengah Daerah Muar. Universiti Teknologi Malaysia. Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan.

Maxwell, J. (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
 The 21 irrefutable laws of leadership. Nelson.

   Manchelah A/P Natesan. (2017). Keberkesanan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah di Malaysia. Jurnal . Kuala Lumpur: fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Daripada: http://student srepo.um.edu.my/7949/


Nicholas J. Certo. (1999). Effect of Service Learning on Attitudes Towards Students with Severe Disabilities. Journal Education and Training in Mental Retardation and Developmental Disabilities 34(1): 58-65.

Norashikin Abu Bakar, Ramli Basri, Foo Say Fooi. (2015). Hubungan Kepimpinan Guru dengan Pencapaian Akaedemik Pelajar. International Journal of Education and Training 1(2): 1-11.

Norhannan Ramli, Jamaliah Abdul Hamid. (2006). Gaya Kepimpinan Pengetua Wanita dan Hubungannya dengan Tahap Motivasi Guru Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia 31: 53-69.

Nurlaili Abd Wahab , Mohd Yusof Abdullah. (2018). Hubungan Gaya Kepimpinan dan Pengurusan Kerja Guru Besar dengan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Agama Kerajaan Johor. Jurnal Ilmi 8(1): 136-150.

Sunday, June 21, 2020

Pengenalan Tentang Kepimpinan dan Organisasi

Tajuk: Kepimpinan dan Organisasi

Nama: CHONG HUI LIN
NO MATRIK: D20191089738


1.0 Pengenalan


Menurut John Maxwell (1998), kepimpinan sebagai kemampuan seorang pemimpin mempengaruhi orang lain dalam melakukan sesuatu manakala Amir Hassan Dawi (2006) juga ringkas merujuk kepimpinan melibatkan bentuk interaksi antara pemimpin dan orang yang dipimpin. Kepimpinan sering dikaitkan dengan prestasi sesebuah organisasi. Hal ini demikian kerana pemimpin yang baik dan bertanggungjawab dapat mewujukan organisasi yang baik seta mecapai visi dan misi pada masa hadapan. Pemimpin dalam organisasi merupakan posisi seseorang dalam organisasi dan tugasannya adalah untuk mengatur segala sesuatu mengenai kebajikan dan keputusan dalam mengursu organisasi tersebut. 

Definisi Organisasi

Kamus Dewan Edisi Keempat (205) menjelaskan bahawa organisasi bermaksud kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tujuan-tujuan tertentu. Organisasi juga boleh dikatakan sebagai satu sistem yang mengandungi beberapa bahagian dalamnya dan persekitannya sling berkait di antara satu sama lain. 

Definisi Kepimpinan

Menurut Certo (1999), kepimpinan merupakan satu proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Pemimpin mempunyai gaya dan teknik kepimpinan dalam menjalankan tugas mengikut peredaran masa dengan mengutamakan empat perkara iaitu visi, strategi, proses dan struktur. Pemimpin yang bijak dan bertanggungjawab boleh memimpin sesebuah organisasi ke arah kejayaan. 

Gaya kepimpinan di sekolah

Dalam sesebuah sekolah, pemimpin seperti Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, PK Ko- Kurikulum, Guru Kanan Bidang, dan lain-lain memainkan peranan penting yang berbeza. Peranan yang dijalankan oleh pihak kuasa dalam sekoleh dapat memastikan projek dan aktiviti sekolah diaksanakan secara lancar. Setiap pemimpin pula mengamalkan gaya kepimpinan yang berbeza dan ini boleh digunakan mengikut situasi yang berbeza. Gaya kepimpinan merupakan satu cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi orang yang dipimpim supaya meningkatkan produktiviti dan berkerja kuat untuk mencapai objektif organisasi.  


Terdapat beberapa jenis gaya kepimpinan di sekolah


1. Gaya kepimpinan autokratik 
  • Berbentuk hubungan sehala antara pemimpin dan yang dipimpin iaitu orang yang dipimpin perlu menerima  dan mempatuhi arahan dari atas. 

2. Gaya kepimpinan demokratik

  • Pemimpin yang memiliki gaya kepimpinan demokratik sentiasa menerima pendapat orang lain dan keputusan akan dicapai bersama. 

3. Gaya kepimpinan laissez-faire

  • Pemimpin memberi kebebasan kepada orang yang dipimpin dan keadaan ini akan menyebabkan kurang unsur-unsur kawalan.

4. Gaya kepimpinan kontingensi

  • Penyesuaian gaya kepimpinan mengikut keperluan serta tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin.

5. Gaya kepimpinan asertif

  • Pemimpin yang bersifat bersungguh-sungguh dan bersikap terbuka dapat mengeluarkan pendapat supaya diterima oleh orang lain. 

6. Gaya kepimpinan respontif

  • Pemimpin sentiasa mendengar dan melihat dahulu sebelum bertindak. Ini dapat mengelakkan koflik dalam sesebuah organisasi.

7. Gaya kepimpinan aggresif

  • Pemimpin percaya kepada diri sendiri dan sangat mementingkan kuasa kerana ingin mencapai kejayaan.

Kepentingan Kepimpinan dan Organisasi

Kepimpinan penting dalam untuk kejayaan sesebuah organisasi. Pemimpin yang bertanggungjawab dan baik sangat diperlukan untuk merancang, mengawal serta melakasanakan kerja dalam sesebuah sekolah. Peranan pemimpin sering bergantung dengan pencapaian objektif organisasi. 

Pemimpin merupakan orang yang meramal, merancang, mengurus kerja dan membuat keputusan untuk mencapai prestasi sesebuah organisasi. Pemimpin hendahlah membuat senarai tugas dan memberitahu kepada pekerja dengan jelas. Jika berlaku masalah, pemimpin juga perlu mengubahsuai perancangannya untuk mengurangkan kerugian organisasi dan memastikan matlamatnya. Pemimpin juga memainkan peranan untuk membantu pekerja seperti memberi kepuasan pekerja, menyelesaikan masalah semasa menjalankan tugas, memberi bimbangan, memberi sokongan dan motivasi  serta mendorong ke arah pencapaian matlamat. 

Organisasi juga amat penting kerana dapat menunjukkan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang utnuk mecapai matlamatnya. Organisasi juga dapat memberi peluang kepada orang lain untuk menunjukkan keupayaan seseorang semasa menjalankan tugas masing-masing. Organisasi yang berjaya adalah diwujudkan oleh pemimpin yang bijak dan pekerja yang mengikuti arahannya dalam menjalankan tugas masing-masing.  

Kesimpulannya, organisasi sering bergantung kepada kepimpinan seseorang. Seorang pemimpin yang memimpin sesebuah organisasi bukanlah diberi peluang untuk memperluaskan kuasanya tetapi diberi amanah untuk mencapai matlamatnya.



Pernyataan Masalah

Walaupun Kementerian Pendidikan Negara berusaha untuk mamartabatkan sektor pendidikan negara kita, terdapat juga pelbagai masalah yang diwujudkan dalam organisasi sesebuah sekolah.  Masalah yang sering berlaku di sekolah ialah masalah disiplin, masalah penyelewengan dalam pembangunan infrstruktur pendidikan, masalah keselamatan dan sebagainya seperti ponteng sekolah, pencurian, merokok, keretakan sekolah,  kerusi meja tidak cukup, kes membunuh, merogol, meragut dan sebagainya. Berdasarkan masalah yang berlaku di sekolah, pemimpin perlu mengenal pasti sebab berlaku masalah tersebut dan cara untuk mengatasinya. Hal ini demikian kerana pemimpin mengamalkan kemahiran atau gaya kepimpinan yang tidak sesuai dalam sesebuah sekolah. Selain itu, pemimpin juga tidak lagi menjadikan nilai-nilai murni dan amalan beretika ketika menjalankan tugas sebagai panduan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Dalam perkataan lain, pemimpin seperti Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, PK Ko- Kurikulum, Guru Kanan Bidang, dan lain-lain tidak boleh dijadikan sebagai role model kepada warga sekolah lain. 


Oleh itu, kefahaman mengenai gaya kepimpinan dan peranan kepimpinan merupakan perkara yang perlu difahami dnegan baik oleh para guru. Hal ini dapat membantu guru untuk mengingati tanggungjawab masing-masing untuk menjadikan seorang pendidik yang beramanah.